Terma & privasi
Kemas kini terakhir: 6 November 2026
Halaman ini menerangkan syarat membeli kursus daripada Saujana AI di saujana.ai, dan cara kami menyimpan serta menggunakan data anda.
Apa yang anda beli
Kursus Bina Website dengan AI berharga RM49 sekali bayar. Anda mendapat:
- 8 pelajaran bertulis dalam 6 modul
- Kit website Saujana
- Koleksi elemen Saujana
- Prompt mula dan 9 prompt susulan
- Soalan lazim dan nota kursus dalam PDF
Kursus ini untuk belajar sendiri, ikut masa anda. Video, bimbingan individu dan servis menyiapkan website tidak termasuk. Anda membina website bersama AI langkah demi langkah, jadi anda tetap perlu memberi input dan menyemak hasil. Website tidak siap dengan satu klik.
Anda memerlukan laptop atau komputer, internet dan aplikasi AI yang boleh membuka folder dan mengubah fail. Langganan AI, domain dan hosting dibayar berasingan jika digunakan. Semak kandungan dan keperluan ini sebelum membeli.
Tempoh akses
Akses dibuka dalam akaun anda selepas bayaran disahkan, dan kekal selagi kursus ini ditawarkan. Jika kursus ini dihentikan, kami akan memberi notis yang munasabah melalui e-mel dan masa untuk anda memuat turun bahan.
Bayaran
Bayaran diproses oleh CHIP (CHIP Collect). Butiran kad atau bank anda tidak disimpan oleh saujana.ai. Akses dibuka dalam akaun anda sebaik sahaja bayaran disahkan, biasanya dalam beberapa minit.
Penghantaran
Semua bahan kursus ialah bahan digital. Tiada barang fizikal dihantar. Selepas bayaran disahkan, bahan diserahkan sebagai akses dalam akaun anda: anda membaca pelajaran dalam kelas dan memuat turun kit serta nota dari situ.
Bayaran balik
Kami tidak menawarkan bayaran balik atas sebab pertukaran fikiran selepas akses kepada bahan digital dibekalkan. Ini termasuk tidak meneruskan pembelajaran atau menukar rancangan sendiri.
Jika berlaku bayaran berganda, akses berbayar tidak diterima atau bahan yang dibekalkan tidak menepati tawaran, hubungi kami dengan rujukan pesanan untuk semakan. Kami akan membetulkan masalah yang boleh dipulihkan dan memberikan remedi yang berkenaan, termasuk bayaran balik apabila diperlukan. Polisi ini tidak mengehadkan hak anda di bawah undang-undang yang terpakai.
Hantar permintaan ke [email protected] bersama rujukan pesanan anda. Jangan hantar kata laluan atau maklumat kad pembayaran.
Hak menggunakan bahan
Kit website Saujana, Koleksi elemen Saujana, nota pelajaran dan prompt adalah untuk projek anda sendiri sahaja. Anda tidak dibenarkan:
- menggunakan bahan ini untuk projek pelanggan atau klien;
- menjual semula bahan ini;
- berkongsi akaun anda dengan orang lain;
- mengedar semula kit, nota atau prompt kepada orang lain.
Kit dan elemen website dibina menggunakan perisian sumber terbuka. Notis lesen sumber terbuka yang disertakan dalam fail yang dimuat turun perlu dikekalkan.
Bantuan bayaran dan akses
Untuk masalah bayaran atau akses, e-mel [email protected] dan sertakan rujukan pesanan anda. Panduan ringkas ada di halaman Bantuan bayaran & akses.
Saluran ini untuk urusan bayaran dan akses sahaja. Kami tidak menyediakan bimbingan individu atau bantuan membina dan membaiki website anda, dan tiada jaminan masa balasan.
Program affiliate
Program affiliate masih dalam persediaan. Kadar komisen, syarat kelayakan dan cara bayaran akan dinyatakan sebelum program dibuka. Pembelian melalui pautan rujukan anda sendiri tidak dikira.
Privasi dan data
Data yang kami simpan:
- Nama, e-mel dan kata laluan anda (kata laluan disimpan sebagai hash, bukan teks asal).
- Nombor telefon bimbit, untuk urusan akaun dan pembelian. Nombor dan e-mel pembeli juga boleh digunakan untuk padanan iklan, iaitu dimuat naik sebagai senarai pelanggan ke platform iklan.
- Rekod pesanan dan status bayaran. Butiran kad atau bank tidak disimpan di laman ini.
- Kemajuan pelajaran, rekod muat turun bahan dan mesej yang anda hantar melalui halaman Hubungi.
- Bagi affiliate: kod rujukan, bilangan klik pautan (tanpa alamat IP) dan jualan yang dikaitkan.
Cookie digunakan untuk sesi log masuk dan, jika anda membuka pautan rujukan, untuk mengingat kod affiliate tersebut. Buat masa ini, laman ini tidak menggunakan cookie pengiklanan pihak ketiga.
Gambar contoh di laman ini dimuatkan daripada Unsplash (images.unsplash.com).
Laman ini menggunakan Cloudflare Web Analytics untuk statistik pelawat. Ia tidak menggunakan cookie.
E-mel automatik berkaitan akaun (contohnya selamat datang, tetapan semula kata laluan, pengesahan pembayaran dan balasan mesej) dihantar melalui Sender.net. Untuk tujuan itu, Sender menerima nama dan alamat e-mel anda serta isi e-mel tersebut.
Anda boleh meminta untuk melihat atau membetulkan data anda dengan menghantar e-mel ke [email protected].
Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini halaman ini dari semasa ke semasa. Terma yang berkuat kuasa semasa anda membeli terpakai bagi pesanan tersebut. Tarikh kemas kini terakhir dipaparkan di bahagian atas halaman ini.