Prinsip
Bukti dulu. Lepas tu baru buat keputusan.
SAUJANA dibina supaya keyakinan tidak bergerak lebih jauh daripada evidence yang ada. Kerja boleh bergerak laju tanpa mengorbankan cara kita menilai keputusan.
01
Bukti dulu
Setiap cadangan datang dengan bukti.
Anda nampak sumbernya, tahap keyakinan, dan apa yang patut diuji selepas itu. Kekuatan bukti yang dinilai. Gaya penyampaian tak jadi faktor.
Dalam produkTab Bukti & Keputusan simpan sumber, tafsiran, andaian dan keputusan untuk setiap misi.
02
Andaian mesti nampak
Tahu, andai, dan belum diuji ialah tiga benda berbeza.
Apa yang kita tahu, apa yang masih andaian, dan apa yang belum diuji perlu jelas dari awal. Andaian yang tak dilabel lama-lama jadi cerita dalaman yang orang percaya tanpa semak.
Dalam produkFakta, keputusan dan andaian disimpan dalam rekod berasingan untuk setiap misi.
03
Keyakinan ikut bukti
Keyakinan tak patut bergerak lebih jauh daripada evidence yang ada.
Setiap cadangan bawa tahap keyakinan. Keputusan atas bukti lemah masih boleh dibuat, asalkan anda tahu ia lemah sebelum bertindak.
Dalam produkRouter SAUJANA ada ambang keyakinan. Bila keyakinan rendah, sistem berhenti dan tanya dulu.
04
Approval bila kesannya sebenar
Kerja kecil boleh jalan sendiri. Keputusan besar kembali kepada anda.
Kerja kecil yang mudah undo boleh terus bergerak. Bila melibatkan duit, customer, data, reputasi atau perubahan besar, approval diminta dulu, lengkap dengan konteks untuk anda putuskan.
Dalam produkMisi yang perlukan keputusan anda muncul sebagai Menunggu Kelulusan Anda.
05
Memory organisasi
Memory yang ikut sekali dari satu projek ke projek lain.
Keputusan, sebabnya, hasil sebenar dan pelajaran disimpan bersama tarikh dan konteks. Kerja seterusnya tak perlu start dari kosong.
Dalam produkKeputusan yang diluluskan dalam satu projek boleh diguna semula oleh misi seterusnya.
06
Belajar dari hasil
Hasil dipantau. Pelajaran disimpan untuk keputusan seterusnya.
Menang atau kalah, result tetap disimpan. Jadi silap yang sama tak perlu dibayar dua kali.
Dalam produkSetiap artifak dan keputusan kekal dalam sejarah misi, boleh dibuka dan diguna semula.
07
Model yang sesuai untuk kerja yang sesuai
Kualiti dulu. Lepas tu kebolehpercayaan, kos dan kelajuan.
Kerja dibahagi ikut jenisnya. Pilihan yang paling efisien dijalankan dulu selagi kualitinya cukup. Model yang lebih mahal dipanggil bila risikonya memang tinggi.
Dalam produkRouting pilih model ikut kelas tugasan, dan setiap panggilan direkod dalam ledger eksekusi.
08
Validasi bebas
Yang buat kerja tak menyemak kerjanya sendiri.
Kerja yang substantif disemak oleh checker yang berasingan, diutamakan dari keluarga provider AI yang berbeza. Kalau terpaksa guna provider yang sama, perkara itu direkod.
Dalam produkNirmala jalankan semakan berasingan untuk research, data, strategi, copy, kod dan automasi.
09
Jujur tentang ketidakpastian
Tak cukup bukti pun satu jawapan.
Bila data tak cukup, sistem cakap terus. Hipotesis boleh dibina, dan ia dilabel jelas sebagai hipotesis. Kemudian cari ujian paling murah untuk tutup jurang bukti itu.
Dalam produkStrategi yang kekurangan bukti disekat dan dipulangkan untuk research tambahan.
Langkah seterusnya
Bawa satu masalah sebenar.
Ceritakan apa yang business anda sedang cuba selesaikan.
SAUJANA akan susun kerja, bina konteks dan gerakkan specialist yang diperlukan.