Langkau ke kandungan

Pasukan

11 specialist. Peranan yang jelas.

SAUJANA bekerja seperti sebuah organisasi. Setiap specialist ada skop kerja sendiri, dan konteks bergerak bersama apabila kerja berpindah dari satu peranan ke peranan seterusnya. Mereka ialah peranan AI, bukan orang.

Command

Terima objektif, susun kerja, dan jaga kitaran misi.

Anggun

Chief of Staff / Orchestrator

Terima objektif anda, pecahkan jadi kerja yang jelas, dan tentukan siapa buat apa.

Anggun baca objektif, konteks dan constraint, kemudian bina graf kerja yang paling ringkas yang masih cukup untuk siapkan tugasan. Dia selia handoff antara specialist, putuskan arbitrasi bila ada percanggahan, dan tentukan bila kerja patut berhenti.

Memiliki

  • Routing kerja kepada specialist
  • Graf kerja dan urutan tugasan
  • Kitaran hidup misi
  • Arbitrasi bila specialist tak sependapat
  • Syarat bila kerja berhenti

Tidak boleh ubah

  • Fakta yang dah disahkan
  • Keputusan yang dah diluluskan, tanpa kebenaran anda
  • Keperluan approval manusia
Terima kerja dari
Terus daripada anda: objektif, konteks yang ada, dan constraint.
Serah kepada
Mana-mana specialist yang diperlukan. Pelan yang libatkan lebih daripada dua specialist, atau berisiko tinggi, tunggu approval anda dulu.
Contoh tugasan
Pecahkan objektif campaign jadi graf kerja · Tentukan specialist untuk setiap peringkat · Selesaikan percanggahan antara specialist
Semakan
Percanggahan besar diselesaikan dalam satu pusingan arbitrasi. Kalau bajet kerja terlebih, misi berhenti dan minta approval semula.

Mod: Intake · Planning · Arbitration · Coordination

Intelligence

Kumpul bukti dan tukar data jadi kesimpulan yang betul.

Bayu

Research & Intelligence

Kumpul bukti tentang market, audience dan pesaing, dan label jelas mana yang masih andaian.

Bayu buat research audience, market dan pesaing, kumpul voice of customer dan bahasa sebenar pembeli, kemudian susun bukti dengan disiplin. Setiap penemuan diklasifikasikan, dan setiap andaian dilabel.

Memiliki

  • Penemuan research
  • Profil audience
  • Bukti voice of customer
  • Kepercayaan tentang market, bersama sumbernya

Tidak boleh ubah

  • Harga yang dah disahkan
  • Fakta produk
  • Strategi yang dah diluluskan
Terima kerja dari
Anggun, bersama objektif dan bahan sumber. Kalau tiada bahan, perkara itu direkod secara jelas.
Serah kepada
Cakra untuk analisis data, Kencana untuk strategi, dan Nirmala untuk semakan bebas.
Contoh tugasan
Research audience dan pesaing · Kumpul voice of customer · Sintesis bukti dengan sumber dan tarikh
Semakan
Research yang substantif disemak Nirmala, guna AI dari provider berbeza bila sesuai. Bukti yang bercanggah ditanda dan dibawa kepada Anggun.

Mod: Audience · Voice of Customer · Competitor · Synthesis

Cakra

Data & Analytics Intelligence

Tukar angka jadi kesimpulan yang betul. Kiraan penting dijalankan dengan kod.

Cakra buat analisis kuantitatif: matematik funnel, diagnosis prestasi, analisis eksperimen dan model skor. Kiraan yang penting dijalankan secara deterministik dengan kod, jadi hasilnya boleh diulang dan disemak.

Memiliki

  • Kesimpulan data
  • Pengiraan metrik
  • Matematik funnel
  • Analisis eksperimen

Tidak boleh ubah

  • Dataset sumber
  • Fakta yang dah disahkan
  • Strategi yang dah diluluskan
Terima kerja dari
Anggun atau Bayu: dataset atau metrik, bersama soalan yang perlu dijawab.
Serah kepada
Kencana untuk strategi, dan Nirmala untuk semakan bebas.
Contoh tugasan
Kira matematik funnel · Diagnosis prestasi campaign · Analisis keputusan eksperimen
Semakan
Setiap analisis substantif wajib disemak oleh checker bebas.

Mod: Metric · Funnel · Diagnostic · Experiment

Strategy

Pilih arah berdasarkan bukti yang ada.

Kencana

Marketing Strategy & Media Buying

Bina strategi yang berdiri atas bukti Bayu dan Cakra.

Kencana tetapkan positioning, strategi mesej dan offer, arah campaign dan media, keutamaan audience, logik funnel, bajet dan peraturan ujian. Angle dipilih dengan skor, dan bukti yang tiada tak akan direka.

Memiliki

  • Strategi marketing
  • Positioning
  • Strategi offer
  • Strategi channel dan funnel
  • Logik bajet dan ujian

Tidak boleh ubah

  • Fakta yang dah disahkan
  • Bukti dari research
  • Janji atau jaminan tanpa asas
Terima kerja dari
Research atau analisis yang dah diluluskan, bersama objektif dan constraint.
Serah kepada
Sekar untuk copy, Kirana untuk arah visual, Citra untuk video, dan Nirmala untuk semakan.
Contoh tugasan
Pilih positioning dan offer · Nilai dan pilih angle dengan skor · Susun plan media, bajet dan peraturan ujian
Semakan
Strategi besar disemak Nirmala. Kalau bukti tak cukup, kerja disekat dan dipulangkan kepada Bayu atau Cakra.

Mod: Positioning · Offer · Media Plan · Funnel Strategy

Creative

Tukar strategi jadi copy, visual dan video.

Sekar

Conversion Copywriting

Tulis copy yang menjual, dalam batas strategi dan fakta yang diluluskan.

Sekar tulis hook, headline, copy iklan pendek dan panjang, struktur landing page, variasi dan nada, termasuk wording untuk perbualan jualan. Formula copywriting dipakai sebagai struktur, dan ayatnya ditulis untuk audience sebenar.

Memiliki

  • Copy
  • Hook dan headline
  • Copy landing page
  • Wording CTA
  • Wording perbualan jualan

Tidak boleh ubah

  • Fakta business yang dah disahkan
  • Harga
  • Strategi yang dah diluluskan
  • Testimoni atau jaminan rekaan
Terima kerja dari
Kencana: strategi yang diluluskan, bahasa audience, constraint dan bahasa output.
Serah kepada
Kirana untuk visual, dan Nirmala untuk semakan copy.
Contoh tugasan
Tulis hook dan headline · Tulis ad copy dan copy landing page · Sesuaikan nada dan bahasa
Semakan
Copy campaign disemak Nirmala. Kalau strategi tak jelas, kerja dipulangkan kepada Kencana untuk dibetulkan di punca.

Mod: Hook · Headline · Short Ad · Long Copy · Landing Page · Variation · Tone · Sales Conversation · Refinement

Kirana

Creative Director

Terjemah mesej yang diluluskan jadi arah visual yang faham dalam tiga saat.

Kirana tetapkan konsep visual, hierarki maklumat, arah seni dan spesifikasi pelaksanaan yang selari dengan brand. Setiap konsep diuji dengan satu soalan: boleh ke orang faham mesejnya dalam tiga saat.

Memiliki

  • Konsep visual
  • Reka bentuk maklumat
  • Arah seni
  • Spesifikasi pelaksanaan

Tidak boleh ubah

  • Kebenaran strategi
  • Fakta yang dah disahkan
  • Constraint brand
Terima kerja dari
Kencana atau Sekar: mesej yang diluluskan, sistem brand dan dimensi platform.
Serah kepada
Citra untuk video, dan Nirmala untuk semakan kreatif.
Contoh tugasan
Konsep visual campaign · Hierarki dan reka bentuk maklumat · Spesifikasi pelaksanaan untuk designer
Semakan
Visual campaign disemak Nirmala. Kalau mesej visual lari, kerja dipulangkan kepada Kencana.

Mod: Visual Concept · Information Design · Execution Direction · Polish

Citra

Video & Content Production

Bina pakej video yang sedia untuk produksi, tanpa ubah fakta offer.

Citra rancang konsep video, struktur cerita, hook scene, pacing, reka shot, storyboard dan pakej produksi, dengan fokus pada retention.

Memiliki

  • Konsep video
  • Struktur cerita
  • Kontrak scene
  • Pakej produksi

Tidak boleh ubah

  • Fakta offer
  • Mesej yang dah diluluskan
Terima kerja dari
Kencana dan Sekar: strategi dan teras copy yang diluluskan, channel, dan sasaran durasi.
Serah kepada
Nirmala untuk semakan video.
Contoh tugasan
Konsep dan struktur video · Storyboard dan scene · Pakej produksi
Semakan
Video campaign disemak Nirmala. Isu pacing dibetulkan Citra sendiri; isu mesej kembali kepada Kencana.

Mod: Video Concept · Video Structure · Scene · Production Package

Engineering

Bina sistem dan automasi yang boleh diuji.

Jati

Fullstack Engineering

Bina perisian yang lulus ujian deterministik.

Jati laksanakan perisian, seni bina sistem, ujian dan build yang boleh di-deploy. Review oleh AI tak menggantikan ujian sebenar.

Memiliki

  • Implementasi perisian
  • Artifak teknikal
  • Ujian
  • Build

Tidak boleh ubah

  • Keperluan pengguna
  • Constraint keselamatan
  • Seni bina yang dah diluluskan, tanpa pemilik
  • Kredensial production
  • Keputusan business
Terima kerja dari
Anggun: keperluan dan kriteria penerimaan.
Serah kepada
Nirmala untuk semakan kod, dan Raksa bila perubahan sensitif dari segi keselamatan.
Contoh tugasan
Bina tool dan sistem dalaman · Tulis ujian deterministik · Seni bina dan build
Semakan
Ujian deterministik wajib. Nirmala semak kod, dan Raksa masuk bila ada isu keselamatan.

Mod: Architecture · Implement · Debug · Test

Surya

Automation & Integration

Bina automasi yang boleh dipantau dan boleh di-rollback, tanpa memintas approval.

Surya bina automasi, integrasi API, connector, aliran event dan logik trigger dan action. Setiap automasi idempotent, ada pelan pengesahan, dan ada pelan rollback.

Memiliki

  • Aliran automasi
  • Integrasi
  • Logik trigger dan action

Tidak boleh ubah

  • Approval gate
  • Secrets
  • Tindakan luaran yang tak boleh diundur, tanpa approval
Terima kerja dari
Anggun: definisi trigger, spesifikasi action dan polisi bila gagal.
Serah kepada
Nirmala untuk semakan automasi, dan Raksa bila libatkan permission, secrets atau tindakan luaran.
Contoh tugasan
Automasi trigger dan action · Integrasi API dan webhook · Pelan pengesahan dan rollback
Semakan
Apa-apa kesan luaran wajib dapat approval manusia dulu.

Mod: Trigger · Integration · Data Flow · Recovery

Assurance

Semak kualiti dan risiko sebelum apa-apa keluar.

Raksa

Security & Risk

Nilai risiko sebelum sesuatu keluar ke dunia sebenar.

Raksa semak keselamatan, permission, secrets, auth, attack surface, least privilege dan risiko production. Setiap penilaian ikut satu rantai: aset, ancaman, permukaan, kawalan, baki risiko, dan keperluan approval.

Memiliki

  • Penemuan keselamatan
  • Penilaian risiko
  • Semakan permission

Tidak boleh ubah

  • Meluluskan tindakan business secara senyap
  • Melemahkan auth
  • Mendedahkan secrets
Terima kerja dari
Jati, Surya atau Anggun: perubahan atau reka bentuk yang perlu disemak.
Serah kepada
Nirmala dan Anggun. Risiko serius jadi hard blocker.
Contoh tugasan
Audit keselamatan · Semakan permission dan secrets · Penilaian risiko sebelum release
Semakan
Tindakan berisiko tinggi kekal perlu approval manusia.

Mod: Threat · Permission · Secrets · Release Risk

Nirmala

Quality Assurance & Independent Validation

Semak kerja secara bebas, berdasarkan bukti sebenar.

Nirmala nilai kesempurnaan, konsistensi, integriti fakta, bukti, keperluan dan risiko sebelum sesuatu dikira siap. Kalau ia cuma nampak okay, itu belum dikira validasi.

Memiliki

  • Status validasi
  • Penemuan semakan
  • Release gate

Tidak boleh ubah

  • Fakta yang tak boleh diubah
  • Kandungan milik specialist lain
  • Menulis semula output secara senyap
Terima kerja dari
Semua specialist: hasil kerja, keperluan, rujukan bukti dan keputusan terdahulu.
Serah kepada
Kembali kepada specialist asal untuk pembetulan, atau kepada Anggun bila ada percanggahan besar.
Contoh tugasan
Semakan bebas research, data dan strategi · Semakan copy, video dan kod · Release gate sebelum sesuatu dikira siap
Semakan
Checker dijalankan secara berasingan, dan diutamakan dari keluarga provider AI yang berbeza.

Mod: Research Review · Data Review · Strategy Review · Creative Review · Copy Review · Video Review · Code Review · Automation Review · Coherence Review · Acceptance Review · Release Gate

Langkah seterusnya

Bawa satu masalah sebenar.

Ceritakan apa yang business anda sedang cuba selesaikan.

SAUJANA akan susun kerja, bina konteks dan gerakkan specialist yang diperlukan.